Our leadership

KETERANGAN LAMBANG DAN LOGO POTENSI 2022
Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Perlis sebutan ringkasnya ialah POTENSI.

POTENSI adalah kemampuan yang tependam untuk dikembangkan menjadi sesuatu kekuatan yang nyata dan POTENSI adalah sesuatu yang boleh diperkembangkan dengan meningkatkan keprofesionalisme semua ahli.
REKABENTUK LOGO
Lambang dan logo ini direkabentuk dengan menggunakan huruf kecil jenis MEGNETO BOLD dan huruf besar jenis ARIAL BLACK ITALIC.

Pemilihan huruf jenis MEGNETO BOLD dan ARIAL BLACK ITALIC (putih) ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri kestabilan dan keutuhan rekabentuk huruf itu sendiri yang menggambarkan kepada peranan persatuan ini sendiri.

PEMILIHAN WARNA MERAH

Pemilihan warna merah pada huruf `P’ dan warna logo dalam POTENSI merupakan warna yang beraura kuat dan memberi tenaga untuk menyerukan kepada terlaksananya sesuatu tindakan (action).

LAMBANG PERPADUAN DAN KERJASAMA

Lambang perpaduan dan kerjasama serta warna-warna yang berlainan dalam grafik menggambarkan perpaduan dan kerjasama kelainan sektor, bidang, bangsa dan agama yang diwakili oleh ahli-ahli persatuan. Bentuk `O’ melambangkan bulatan atau perpaduan erat.

PEMILIHAN WARNA BIRU

Pemilihan warna biru merupakan warna yang menggambarkan professional dan kepercayaan serta merangsang kepada kemampuan berkomunikasi.

PEMILIHAN WARNA KUNING

Pemilihan warna kuning merupakan warna yang menggambarkan peningkatan intelektual dan semangat dalam meningkatkan imej universiti.

Our leadership

KETERANGAN LAMBANG DAN LOGO POTENSI 2022/2024