Info Korporat
#kebersamaan #buatdenganjiwa
Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UniMAP atau lebih dikenali sebagai POTENSI merupakan sebuah persatuan yang mewakili staf pentadbir UniMAP bagi tujuan menjaga kebajikan dan ukhwah.
POTENSI telah ditubuhkan pada tahun 30 November 2011 dan telah didaftarkan pada 13 September 2012 Keahlian persatuan ini adalah terbuka kepada semua Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam kategori Pengurusan dan Profesional.
Nama Korporat
Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas Universiti Malaysia Perlis
Moto
POTENSI Cemerlang UniMAP Gemilang
Keahlian
Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada pegawai-pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan Ikhtisas Universiti Malaysia Perlis
Logo POTENSI
Rekabentuk Logo
Lambang dan logo ini direkabentuk dengan menggunakan huruf kecil jenis MEGNETO BOLD dan huruf besar jenis ARIAL BLACK ITALIC.
Pemilihan Huruf
Pemilihan huruf jenis MEGNETO BOLD dan ARIAL BLACK ITALIC (putih) ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri kestabilan dan keutuhan rekabentuk huruf itu sendiri yang menggambarkan kepada peranan persatuan ini sendiri.
Keterangan Warna
Pemilihan Warna Merah
Pemilihan warna merah pada huruf `P’ dan warna logo dalam POTENSI merupakan warna yang beraura kuat dan memberi tenaga untuk menyerukan kepada terlaksananya sesuatu tindakan (action).
Lambang Perpaduan & Kerjasama
Lambang perpaduan dan kerjasama serta warna-warna yang berlainan dalam grafik menggambarkan perpaduan dan kerjasama kelainan sektor, bidang, bangsa dan agama yang diwakili oleh ahli-ahli persatuan. Bentuk `O’ melambangkan bulatan atau perpaduan erat.
Pemilihan Warna Biru
Pemilihan warna biru merupakan warna yang menggambarkan professional dan kepercayaan serta merangsang kepada kemampuan berkomunikasi.
Pemilihan Warna Kuning
Pemilihan warna kuning merupakan warna yang menggambarkan peningkatan intelektual dan semangat dalam meningkatkan imej universiti.
Akronim POTENSI
P
Profesional
O
Optimistik
T
Telus
E
Efisien
N
Natural
S
Sofistikated
I
Intelektual