Best bookmaker bet365 Bonus

Menu
A+ A A-

Ihya Ramadhan POTENSI

MAKLUMAN PENGANJURAN AKTIVITI OLEH POTENSI SEMPENA BULAN RAMADAN 1435H

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Malaysia Perlis (POTENSI) berhasrat mengadakan beberapa aktiviti bagi sepanjang bulan Ramadan akan datang. Aktiviti - aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut:

1) SAHABAT SAHUR

Cadangan tarikh : 4 Julai 2014 (Jumaat)

  • Tujuan: Menyerahkan makanan untuk bersahur kepada pelajar dan kakitangan agensi keselamatan yang bertugas di pintu sempadan negeri.
  • Program ini akan bermula di Kuala Perlis dan berakhir di Padang Besar. Antara tempat yang akan dilawati ialah Pos Kawalan Keselamatan di Bukit Putih,Kuala Perlis, Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba (KKF), Seberang Ramai, Pos Kawalan Polis Marin di Kurung Tengar Kuala Perlis, Pos Kawalan UPP Chuping, Pos Kawalan UPP Sg. Chuchuh, Padang Besar.
  • Semua ahli POTENSI adalah dijemput turut serta.


2) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA AHLI POTENSI

Cadangan Tarikh : 11 Julai 2014 (Jumaat)

  • Jemputan majlis ini adalah bersama keluarga masing-masing. Cadangan tempat adalah di Surau UniMAP Pauh Putra.
  • Sebelah petang tarikh berkenaan akan diadakan acara memasak bubur lambuk.


Sehubungan dengan itu, bagi tujuan mengumpul sedikit dana Jawatankuasa POTENSI amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk tunai daripada Tuan/Puan bagi menjayakan kedua-dua program tersebut. Bersama-sama ini disertakan borang sumbangan untuk tindakan selanjutnya. Borang beserta sumbangan Tuan/Puan, hendaklah diserahkan kepada Cik Intan Syarmiza bt Ab Rahman, Bendahari POTENSI untuk tindakan selanjutnya.

Akhir kata, semoga dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli dan seterusnya mendapat ganjaran di sisi Allah SWT sempena bulan yang mulia ini. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

The Best bookmaker bet365

Hubungi Kami

Statistik Pengunjung

328299
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
27
93
166
327854
1389
2892
328299

Your IP: 10.0.3.2
Server Time: 2017-09-26 08:00:03