Majlis meraikan Ts. Nasrudin Bin Abd Shukor dan Ustaz Mohd Fikri Aiman Bin Mohd Zulkefli

1 Mac 2024 (Jumaat) | 

Majlis meraikan Ts. Nasrudin Bin Abd Shukor (bersara pada 27 Oktober 2023) dan Ustaz Mohd Fikri Aiman Bin Mohd Zulkefli (bertukar skim Tetap ke Guru Bahasa Fakulti Perniagaan & Komunikasi) selaku mantan Ahli POTENSI.

Terima kasih atas khidmat Ts. Nasrudin selama ini kepada UniMAP (KUKUM) semasa berkhidmat di DMDC (PUSAT ICT) Universiti Malaysia Perlis dan penyertaan Tuan dalam POTENSI selama ini.

Tak lupa juga kepada Ustaz Fikri Aiman Mohd Fikri yang membantu PIMPIN Pusat Islam UniMAP dalam membimbing staf dan pelajar di surau-surau UniMAP. Semoga diteruskan usaha- usaha berkenaan walaupun telah bertukar skim.

Terima kasih Ustaz yang pernah terlibat sebagai AJK POTENSI 2018 - 2020 dan banyak berjasa kepada POTENSI.

Terima kasih sahabat-sahabat sekalian semoga apa yang diusahakan membuahkan hasil dan didoakan terus dikurniakan rezeki yang baik, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa dibawah rahmat Allah Subhanahuwata'ala.

Tanah kebun di tepi simpang,

Tempat jual Harum Manis bertan-tan,

Jasa baktimu sentiasa dikenang,

Budi baikmu kekal diingatan.

#jasamudikenang #potensikekalbersahabat