21 September 2023

Jabatan Pendaftar akan menganjurkan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pendaftar 2023 seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 September 2023 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin (Slot Taklimat Sumber Manusia) & Ruang Legar Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin (Kaunter Khidmat Pelanggan)

Program ini merupakan satu platform kepada semua staf UniMAP untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat secara terus dengan Jabatan Pendaftar. Selain itu, program ini juga merupakan salah satu inisiatif serta medium pendekatan Jabatan Pendaftar dengan semua staf UniMAP dalam usaha menangani permasalahan yang timbul atau penerimaan cadangan/komen untuk penambahbaikan khidmat pengurusan.

Penglibatan daripada agensi luar seperti Perkeso, Tabung Haji, MyCuepacs Care dan Klinik Annur turut sama memeriahkan Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pendaftar dengan membuka Kaunter Khidmat Pelanggan di ruang legar Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin. Pelbagai Cabutan bertuah menanti anda!!!

Saringan Kesihatan PERCUMA turut ditawarkan kepada Staf berstatus Kontrak yang mencarum PERKESO.

Sumber : Instagram pendaftar.unimap